Saturday, November 15, 2014

kata-kata hikmah

Hmmm....




Quotes by :

Imam Ash-Shafi'ee (rahimahumAllah)


___________________

"When the foolish one speaks, do not reply to him, for better than a response (to him) is silence, and if you speak to him you have aided him, and if you left him (with no reply) in extreme sadness he dies."



Tuesday, July 2, 2013

Ohh..washing machine...rosak pulak dia...

Apabila Mesin Basuh Pakain rosak.....

Hmmm.sungguh mengecewakan...Apabila ini berlaku, perkara pertama terdetik dihati ialah..rasa nak marah pada mesin yang kaku ini. Kemudian otak mula berfikir, apa nak buat dengan pakaian-pakaian kotor yang perlu untuk dicuci ini! Perlukah dicuci secara manual? Berkudratkah menonyoh-nonyoh, membilas-bilas pakaian yang puratanya dua tiga bakul sehari yang perlu dibersihkan ini...Phew amat mengecewakan sekali. Atau perlu dibeli yang baru...aaikk...nanti dulu. Periksa apa yang patut dulu...

Hehhe..selalunya, isteri yang pakar gunakan mesin basuh ini. Tapi pakar guna sajalah. Kalau tidak boleh guna, baru repot kat kita. Ok. Langkah pertama, periksa secara fizikal. Nampak baru lagi. Masih berkilat lagi, walaupun sudah lebih 7 tahun ianya dilatu dan dilasak begitu teruk sekali. Jenama Toshiba fully auto.


Kali ni betul-betul kena puji isteri sebab pandai bercermat menjaganya. Ialah kalu tak jaga dengan baik, siapa yang susah kalau rosak begini....kih kih... Dari pemerhatian, terdapat kebocoran air pada paip, sebelum masuk ke mesin. Ini tak ada kena mengena dengan mesin rosak. Cumanya lantai basah walaupun air yang keluar itu hanya titisan sahaja.
 Langkah kedua, hidupkan suis untuk mula mencuci. Oh ok, semuanya lancar, tetapi ketika sepatutnya air mula masuk kedalam "tub', ianya cuma keluar titisan sahaja. sepatutnya laju, deras untuk memenuhi 'tub' pakaian yang hendak dicuci ini.
Huh...ini masaalah. Inilah punca masaalahnya.
Langkah ketiga, tanggalkan palam kuasa, tanggalkan 'piping' air. Cari peralatan untuk membuka segala nat dan skru mesin ini dan pelan-pelan buka tempat kemasukan air ke mesin ini. Mencari dimana letaknya injapnya.
Teropong pi, teropong mai, cuit sana cuit sini, honggaq sana, honggaq sini, akhir sekali dapatlah juga dicapai tempat yang bermasaalah itu.
Bila nampak saja, aduh macam tikus tengok besi jugalah. Kelebek pi, kelebek mai, nampak ada dua wayar tersambung. Macam solenoid yang di sambung pada injap air tu. Nampak macam ada dua unit alat yang di\couple' disitu. Iaitu gabungan antara alat solenoid elektrik dan injap air.
Langkah keempat, buka dua skru yang memegang injap tersebut ke badan mesin, dan tanggalkan terus. Goncang pi, goncang mai,cium pi cium mai, tak dak apa pun yang boleh dibuat. Otak ni cuma pikir, daripada kena beli mesin sebuah, lebih baik cuba pi cari alatganti benda alah ini. Kot kot ada jual dikedai.
Ini dia injap tu....


Rupanya dikedai sparepart, ada dijual benda ini. Tunjuk sample kepada pekedai, dia terus ambil benda yang sebijik macam yang rosak tu. Terus bayar harga. Beli juga satu unit kepala pili untuk ganti yang bocor itu. Langkah kelima, balik pasang semula unit injap ini ke mesin basuh. Tidaklah susah sangat...orang IT sekarang guna ungkapan'plug and play'.
 Langkah seterusnya, pasang balik semula, cover mesin basuh tu, pasang semula paip air ke mesin dan jeng..jeng..jeng.. dengan lafaz BismilLah...hidupkan suis kuasa, hidupkan suis membasuh pada mesin, dan...akhirnya air memancut semula kedalam 'tub' basuhan. Al-hamdulillah, dapt semula ianya berkendali selayak kebiasaannya. Kemudianya baru diselesaikan pula masaalah kepala paip yang bocor menitis itu. Macammana selesai? Tukar terus kepada kepala pili yang baru beli tadi. Selamat....

Berfungsi semula.....

Monday, October 29, 2012

Sedikit bacaan berat dari "my favourite Blog" :


MONDAY, MARCH 2, 2009

Alter Terahsia Bangsa Melayu BHG 1


Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.

Selamat Membaca.



-M.O


ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU




"...sent them away from his son Isaac to the land of the east." 

(Genesis 25:6 New International Version)



Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).

Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.

"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".

"Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda."

Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,

"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah".

"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".

Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"

Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa)

Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.

dalam Alquran ada disebut:

"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 - 68)


Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.


Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.



Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.



Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.


*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.


Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal



Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.



Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.



----------------------------------------------------------



akan datang dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu...

-Siapakah Keturah?
-Melayu dikalangan anak-anak Keturah
-Melayu dikalangan cucu cicit Nuh bangsa penakluk dan raja-raja agung
-Menjejak asal-usul raja-raja Melayu sehingga Cyrus The Great
-Cura si Manjakini bukti warisan Darius Emperor Parsi 
-Negarakota Melayu di era Ur,Kish dan Uruk
-Hubungan Melayu dan Yahudi di era peperangan bangsa Sumeria
-'Bangsa Gunung'
-Pengembaraan ke Timur Jauh
-Perjalanan melalui jalan darat
-Jalan Sutera dan Kapak dari Asia Tengah
-Epik pengembaraan di padang pasir dan salju dingin
-Kenangan kehidupan silam di pergunungan Himalaya dan perkampungan Tibet yang damai
-Perjalanan melalui jalan laut
-Bahtera dan ilmu pelayaran bangsa misteri
-Astronomi dan rahsia bintang-bintang
-Bodhidharma,Dharmakirti,Sakyakirti dan pendeta-pendeta Melayu lainnya
-1000 rahib,sami dan arahat di Bukit Suci
-Misteri bangsa terahsia
-Siapakah dia Malai?
-Bumi Mala
-The Promised Land
-Tempat menyimpan rahsia
-Kunci-kunci rahsia
-Cucu-cicit Nabi







Pintu Rahsia akan terbuka di MistisFiles....
Petikan dari 'my favourite blog': Saya suka ikuti siri ini. Sekurang-kurangnya boleh memahami diri...


SUNDAY, OCTOBER 28, 2012

Kuasa Ketiga The Wizard of History





Tengah hari tadi,salah seorang informer saya (psy-ops dalam kerajaan) telah memberitahu tapak ketiga 'piramid' di tengah hutan rimba di negara kita.Tahukah anda,terdapat banyak lagi hutan-hutan rimba di negara kita yang tidak pernah disentuh manusia,sekurang-kurangnya terdapat selang masa 1000 tahun selepas manusia terakhir meninggalkannya dan ia menjadi hutan rimba.Terdapat runtuhan kota yang dinaiki tanah atau terimbus dan menjadi sebahagian bukit-bukau?Ini hanya terjadi kepada tinggalan di tempat-tempat beriklim khatulistiwa dengan jangka masa tapak melebihi 1000 tahun.Apa yang mendukacitakan,'industri' arkeologi Malaysia adalah di tahap pemalas dan pesimis dan ini membantu untuk membantutkan revolusi kronologi pensejarahan kita.Maka alhasilnya,balik-balik Melaka...Melaka...Melaka padahal kita ada sejarah Malay city-statessebelum itu yang menjalankan perdagangan sejauh Trojan dan Hittites,melangkaui Empayar Rom dan Sassanid!

Untuk menghidu aktiviti moyang-moyang kita yang diiktiraf dunia sebagai 'skilled oceanographer',kita perlu menggali banyak rahsia yang tertanam di dalam selat paling tersibuk di dunia,Selat Melaka.Untuk mengetahui apakah yang urusan perdagangan antara 'Tarshish' dan Israel Raya,kita perlukan lebih dari sekadar ahli arkeologi.

Kita perlukan seorang yang boleh menarik petunjuk-petunjuk untuk memimpin kepada rahsia Matahari dan King Solomon's Mines.

Dia yang mempunyai kuasa ketiga...









"Trigger"



The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams
-Eleanor Roosevelt








Saya ingat lagi,ketika di dalam dorm pada suatu petang di sebuah sekolah berasrama terkenal di negeri Perak (?),saya teringatkan kata-kata ibu tentang cerita kapal hantu di Beruas.Kapal hantu ini akan muncul setiap pagi dan petang.Saya tidak tahu adakah benar atau tidak cerita ini.Kemudian ibu memberitahu kapal itu kepunyaan satu kerajaan orang dahulukala atau mungkin kerajaan bunian di Beruas.Saya mendengar begitu asyik tentang cerita ibu.

Apabila saya meningkat remaja,saya telah terbaca di dalam perpustakaan sekolah tentang satu kerajaan yang hilang di Perak,Kerajaan Beruas.Apa yang menarik,kota dan istana kerajaan ini dikatakan diperbuat dari kulit kerang!Seekor kucing mengambil masa 3 bulan untuk berlari di atas atap mengelilingi kota itu.Sehingga kini masih ada timbunan kulit kerang di sana.Saya teringat Majalah 3 ada membuat liputan khas mengenai perkara ini.Apabila saya membaca sebuah eksklopedia tentang Angkor Wat,saya tertanya,jika pembinanya ada keturunan Melayu.Kemudian seorang rakan saya,Nari (jika anda peminat Catatan Srikandi,anda tahu dia ini),tentang salasilah Suryavarman II yang merupakan cicit Suryavarman I,raja Melayu yang memerintah Empayar Khmer.Kemudian saya memikirkan tentang Gunung Ledang yang digelar Mount Ophir oleh orang Barat zaman-berzaman.Dalam satu seminar tidak lama selepas itu,saya diberikan satu jurnal antarabangsa tentang aktiviti arkeologi di Johor tentang penemuan manik-manik sezaman dengan kerajaan Israel Raya (era Nabi Sulaiman a.s) dan Hittites (pernah sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s)!






Semua ini membangkitkan satu estim diri tentang 'bakat' yang ada pada diri saya,sebagai seorang pengkaji separa profesional.Bahawa,setiap hipotesis saya,lambat laun akan menjadi kenyataan.Apabila saya bercakap tentang kerajaan dan empayar Melayu sebelum Melaka seawal 2009,kemudian berduyun-duyun artikel di internet dan majalah serta suratkhabar memberitahu hal ini.Kemudian kerajaan mahu merombak silibus subjek Sejarah di sekolah.Ini adalah kenangan manis buat saya apabila usaha NGO saya,punk_historian berjaya melobi kerajaan secara 'indirect persona'.Kuasa ketiga inilah muncul secara 'deria keenam' dalam diri saya,dan ia membantu bukan sepanjang masa namun pada masa-masa tertentu.Anda masih ingat artikel saya tentang seorang dalam kerajaan 'Man in Black' yang menunjukkan foto kota purba dalam satu artikel Catatan Srikandi?Selepas itu cerita tentang piramid di Malaysia semakin hangat.Sehingga dalam satu artikel luar negara,menjelaskan budaya piramid ada di Malaysia selain di Amerika Selatan dan China!Tahukah anda tentang fail-fail kolonial zaman penjajahan dahulu yang dilabel 'confidential','secret' dan 'unexplained' dalam pejabat Gabenor Negeri-negeri Selat?Di mana semua fail ini?Di London.Dan hanya pelajar sejarah bertahap doctorate sahaja yang dibenarkan akses kepada 'sejarah X-File' kita yang direkod kemas di sana.Tahukah anda ketika era penjajahan,sekitar 200 tahun itu,berapa ramai pakar arkeologi,sarjana,pengembara bertahap 'Indiana Jones',ahli sejarah malah pencari harta karun menyelinap di negara kita,lebih tepat lagi di Tanah Melayu ketika itu?Mereka bertebaran di hutan-hutan,bersama-sama para pegawai kolonial,mencari apa yang dikatakan The Lost Civilization yang sebenarnya tertulis dalam catatan pengembara sebelum itu dan di dalam 'Hebrew Scriptures'.Apakah perjanjian antara British dan Tunku Abdul Rahman di London?Apakah perjanjian raja-raja Melayu dan British?Mengapa British tidak menghapuskan sistem beraja Melayu?


Mengapa Queen Elizabeth II mengiktiraf raja Melayu dan setaraf dengannya dan sebenarnya dalam konteks teknikal,negara kita bukan 'annexed' tetapi 'protectorate' oleh British.Biasanya wilayah yang tidak beraja (atau rajanya digulingkan/dibunuh) akan diletakkan terus di bawah pentadbiran British atau 'crown colony' dimana,Queen adalah berhak ke atas wilayah itu.Contohnya seperti British India.Ini adalah contoh wilayah yang 'annexed' atau 'conquered'.Negeri-negeri Selat pula lain,ia diletakkan dibawah gabenor tersendiri,iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat.Tetapi negeri-negeri Melayu diletakkan dibawah satu pentadbiran lain dan pentadbiran ini berurusan dengan Sultan-sultan.Dengan kata lain,secara teknikal kita tidak dijajah secara terus tetapi 'dinaungi' (perkara ini pernah jadi isu dahulu).Terdapat satu mitos dalam 'Hebrew Scriptures' itu yang menceritakan tentang 'the gold of Kings' yang disimpan di 'Tarshish'.Adakah anda tahu simpanan raja-raja Melayu?Bahawa ada satu 'key' dalam simpanan mereka dan ini sangat dikehendaki oleh British?

Sejak berabad-abad lamanya,kunci kepada kekayaan Tarshish dan Ophir telah dipindahkan dari satu generasi ke generasi.Kerajaan-kerajaan dunia telah mengambil emas dari lombong-lombong mereka dan ini dicatatkan dalam Injil dan Taurat.Kedudukan lombong-lombong emas ini hanya diketahui oleh para pedagang yang menjadi orang tengah antara pengimport dan pengeksport.Sehingga tempat itu dinamakan 'Suvarnabhumi' dan 'Aurea Khersonese'.Bukan sahaja para arkeologi dan pengembara,malah ahli sihir juga mahukan rahsia dari tempat itu.Bagaimana seorang pengasas fahaman Neo-Pagan di Barat,Wicca,satu kultus sihir moden mendapat ideanya apabila melihat sebilah keris,dan menulis satu jurnal tentang senjata mistik itu.

Jika sesiapa tahu dimanakah Tarshish dan Ophir,maka dia boleh membina empayar seperti yang dilakukan King Solomon.Dan British mahukan ini.



Tahukah anda,Portugis dan Belanda tidak banyak mengaut untung dari penjajahan mereka di Asia Tenggara,ya...dari perdagangan dan hasil bumi mungkin.British mungkin mengaut hasil dari bijih timah dan perladangan selepas memanfaatkan Selat Melaka.Namun,perkara yang di sebaliknya ialah 'the gold of kings'.Ia berbentuk jongkong dan kini telah dicairkan di dalam akaun antarabangsa.Itulah yang dihebohkan oleh orang-orang Sulu.Namun masalah yang dihadapi mereka ialah kaum kerabat sultan yang tamak,belum dicampur oleh individu-individu yang mahu tumpang sekaki.Dan sudah pasti penjajah mereka sebelum itu,Sepanyol dan Amerika mempermainkan mereka.

'The Gold of Kings'....dan setakat ini,raja-raja Melayu di semenanjung bijak menyimpan rahsia dan mematahkan rancangan British,walaupun dalam beberapa kes,mereka telah mengeluarkan beberapa peruntukan dari akaun ini.Dalam 9 orang Sultan,sekurang-kurangnya dua orang yang mewarisinya.Kenapa saya sentuh perkara ini?Sebab sejak artikel King Solomon's Mines keluar di MistisFiles dua tahun lepas,terdapat banyak artikel dan jurnal muncul selepas itu,juga hit di forum-forum tempatan.Saya telah diberikan sebuah artikel tentang mitos The Gold of Kings,kononnya rahsia kerajaan King Solomon membiayai Temple of Solomon.Rahsianya,nama tempat itu identik dalam peta-peta pengembara,tidak berubah berabad-abad lamanya.Apabila orang British pertama 'menemui' Gunung Ledang bersama beberapa penunjuk jalan Melayu,dia menyebut 'this is Mount Ophir'....sebabnya gunung ini adalah 'landmark' penting kepada Ophir dan Tarshish.Ada satu manuskrip pengembara Sepanyol yang kononnya telah berjaya menemui jalan ke Ophir.Pengembara ini juga mencatatkan bahawa bahasa orang-orang di Ophir menyerupai bahasa Yahudi (Hebrew) merujuk kepada bahasa era Srivijaya (Old Malay).




Bertuahnya,saya mempunyai petunjuk kepada 'kunci' itu.Kunci yang sekian lama dimimpikan oleh British dan House of Hanover.

Kuasa saya yang ketiga ini,'trigger' adalah satu bentuk psikologi-kuantum yang merupakan subjek yang dikategorikan dalam paranormal dalam bidang fenomena sosial.Contohnya,jika banyak tabloid menyiarkan berita rogol,keganasan,rompakan atau sebagainya,maka statistik jenayah semakin meningkat.Dalam ilmu spekulator saham atau matawang,ada yang sanggup mengupah wartawan dan syarikat akhbar untuk mewujudkan 'aliran fenomena'.Namun terdapat satu subjek dalam manipulasi kuasa 'trigger' ini,ini dinamakan 'backdoor'.Contoh 'backdoor' ialah mitos atau hikayat tentang kota yang hilang,harta karun tersembunyi atau rahsia terpendam.Siapa yang mampu 'read between the lines' terhadap 'backdoor' ini maka ia dapat menterjemahkan mitos tadi kepada susunan fakta dan petunjuk.



Contohnya hikayat Iliad yang menceritakan tentang Trojan War.Wujudkan Troy pada hari ini?Tidak.Sehingga cerita ini dianggap mitos,Helen of Troy,kisah dua city-states berperang kerana berebutkan seorang wanita cantik.Namun,apabila ahli geologi John C. Kraft dari University of Delaware dan John V. Luce dari Trinity College, Dublin telah mencadangkan tapak terjadinya Perang Trojan itu,maka banyak pihak membuka mata,bahawa hikayat Iliad ada 'something'.Begitu juga dengan Beowulf,satu hikayat setaraf dengan Hikayat Hang Tuah,Beowulf adalah hikayat tentang keperwiraan raja-raja Angles.Angles adalah suku Jerman Kuno yang berhijrah ke England sekarang.Nama 'English','England','Anglo',atau 'Anglia' berasal dari suku ini yang kemudiannya berubah menjadi satu bangsa baru,orang Inggeris.Mereka berasal dari satu wilayah kecil di Jerman sekarang iaitu Angeln.Hikayat adalah 'backdoor' untuk mengetahui rahsia silam.Sebabnya,cara 'frontdoor' seperti kajian,carigali dan sebagainya adalah lambat dan memakan kos yang tinggi.Saya teringat tulisan Raimy Che Ross,

"As with folklore elsewhere,the links between fact and fiction in these tales are tenuous at best.Having no explanation for the existence of these ancient ruins or intriguing natural landmark,popular myths were adapted to rationalize their presence and new one embroidered to enhance them".

Setiap 'backdoor' mempunyai kunci-kuncinya.Salah satunya ialah 'trigger'.I'm will trig which door i want to open...and...open sesame!

Saya rasa cukup di sini sahaja pasal kuasa ketiga.Kuasa keempat saya akan buka selepas habis siri The Origin of The Sea Dragon.Nak cepat baca ATBM kan?

1.Read Between The Lines
2.Cross-reference
3.Trigger
4.Channeling
5.XXXXX
6.XXXXX
7.XXXXX

~Srikandi
'Mala Malayu iva Malayam Raja'

Thursday, September 6, 2012

Sudah sekian lama ...lama benar tidak jenguk blog sendiri. Citra terakhir pun sudah benar-benar menjadi sejarah. Kapcai hijau pucuk pisang telah dihadiahkan kepada seorang kenalan lama, seorang adik angkat, dan ianya telah benar-benar menjadi nostalgia. Kita buka cerita baru.....hehhe...Kapcai baru!!!
Kini LC ini menjadi tunggangan kesukaan. Banyak jasanya sejak dimilikki. Telah jauh perjalanannya. Sekira-kira lebih dari 40,000 km sudah LC ini berjalan. Jauh tu..Menjimatkan...Yang penting, ianya banyak menolong 'maintain' tekanan darah ketika berada di jalan-jalan yang dikategorikan sebagai jem, sememangnyalah semasa pergi dan balik ketempat bertugas. Kalau dengan motokar...huh..berdarjah-darjah naik tahap kepanasan darah ketika keadaan jalan sesak. Berkandar-kandar caci maki, sumpah seranah diberi dan diterima dari orang-orang yang tidak kita kenali, ketika masing-masing hendak cepat dan perlu cepat bergerak.

Friday, June 6, 2008

Kapcai tersadai berubah wajah - Akhirnya...

Lama juga aku mengambil masa sebelum menghantar ke wokshop supaya dibaik pulih. Banyak juga wokshop motosikal yang aku lawati, yang tidak sanggup membaikinya. Banyak sebab diberikan umpamanya, barang ganti tidak boleh didapati, pendawaian tidak boleh digunakan lagi, masa baikinya terlalu lama dan lain-lainlah lagi. Ada juga wokshop yang memberikan alasan serupa tetapi setelah aku berpaling meninggalkannya, tiba-tiba berkata, "Lu jual lah sama saya!". Berdesing juga telinga aku. Tadi kata tidak ada 'spare-part'lah, tidak ada masa lah, susahlah, alih-alih nak beli pula motor kita.
Akhirnya satu hari semasa membuat serbis motor lain yang aku gunakan, disebuah kedai motosikal, aku bertanya kepada pomen itu sama ada dia boleh baiki motor lama. Jawabnya boleh, tapi jangan tanya bila boleh siap. Aku tak kisah bila siap, janji siap. Lagi pula dia tahu dimana boleh dapatkan semua alat-ganti yang diperlukan termasuk membuat 'modification' jika perlu.
Seminggu kemudian baru dapat aku hantar ke wokshop tersebut yang berupa sebuah kedai menjual motosikal baru dan terpakai disamping membuat serbis motosikal.
Hampir kerap sekali aku singgah ke wokshop bertanya khabar tentang kapcai aku tu.





Hampir sebulan juga kapcai aku terlantar disana, maklumlah seluruh anggota badannya termasuk anggota dalamannya terpaksa dilondeh, dicuci, diganti dan di'modify' sebelum dapat dipasang semula supaya dapat beroperasi sepenuhnya.


Akhirnya, ianya telah siap sepenuh setelah mengambil masa lebih dari sebulan.


Well, anyway this is not exactly a restoration, but a salvage operation.



Lihatlah hasilnya:

Dan lihat pula perbezaannya :Honda Cub 50 cc (Honda push-rod) tahun 1962 ini telah lulus pemeriksaan PUSPAKOM pada awal tahun 2008 lalu dan telah diberikan Kad Pendaftaran baru bersama cukai jalan oleh JPJ dan sekarang beroperasi semula di jalanraya macam dulu-dulu...