Friday, June 6, 2008

Kapcai tersadai berubah wajah - Akhirnya...

Lama juga aku mengambil masa sebelum menghantar ke wokshop supaya dibaik pulih. Banyak juga wokshop motosikal yang aku lawati, yang tidak sanggup membaikinya. Banyak sebab diberikan umpamanya, barang ganti tidak boleh didapati, pendawaian tidak boleh digunakan lagi, masa baikinya terlalu lama dan lain-lainlah lagi. Ada juga wokshop yang memberikan alasan serupa tetapi setelah aku berpaling meninggalkannya, tiba-tiba berkata, "Lu jual lah sama saya!". Berdesing juga telinga aku. Tadi kata tidak ada 'spare-part'lah, tidak ada masa lah, susahlah, alih-alih nak beli pula motor kita.
Akhirnya satu hari semasa membuat serbis motor lain yang aku gunakan, disebuah kedai motosikal, aku bertanya kepada pomen itu sama ada dia boleh baiki motor lama. Jawabnya boleh, tapi jangan tanya bila boleh siap. Aku tak kisah bila siap, janji siap. Lagi pula dia tahu dimana boleh dapatkan semua alat-ganti yang diperlukan termasuk membuat 'modification' jika perlu.
Seminggu kemudian baru dapat aku hantar ke wokshop tersebut yang berupa sebuah kedai menjual motosikal baru dan terpakai disamping membuat serbis motosikal.
Hampir kerap sekali aku singgah ke wokshop bertanya khabar tentang kapcai aku tu.





Hampir sebulan juga kapcai aku terlantar disana, maklumlah seluruh anggota badannya termasuk anggota dalamannya terpaksa dilondeh, dicuci, diganti dan di'modify' sebelum dapat dipasang semula supaya dapat beroperasi sepenuhnya.


Akhirnya, ianya telah siap sepenuh setelah mengambil masa lebih dari sebulan.


Well, anyway this is not exactly a restoration, but a salvage operation.



Lihatlah hasilnya:

Dan lihat pula perbezaannya :Honda Cub 50 cc (Honda push-rod) tahun 1962 ini telah lulus pemeriksaan PUSPAKOM pada awal tahun 2008 lalu dan telah diberikan Kad Pendaftaran baru bersama cukai jalan oleh JPJ dan sekarang beroperasi semula di jalanraya macam dulu-dulu...







Thursday, June 5, 2008

Kapcai tersadai berubah wajah -1

Malam tadi PM mengumumkan "Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43". Maknanya budget perbelanjaan perjalanan ketempat kerja bertambahlah lagi. Bermakna juga perbelanjaan lain harian perlulah dikurangkan bagi mengimbangi penggunaan petrol ini, atau guna kenderaan lain selain kereta yang boleh jimatkan petrol. Kapcai ku.... Tetiba teringat kapcai lamaku.
Ini ialah salah satu benda yang menjadi nostalgia dalam hidupku. Honda Cub 50 cc ini telah di'grounded' sejak 1986 lagi. Ianya didaftarkan pada tahun 1962 dan aku miliki pada tahun 1985. Walaupun sejak itu aku memiliki beberapa kenderaan silih berganti, namun Honda Cub ini tetap masih bersamaku, tetapi telah pengsan dalam setor sehinggalah awal tahun 2008 ini. Secara kebetulan anak bongsuku satu hari bertanya, "Abah, ni moto Wan (datuk) ke? Awat buruk sangat?".
Lantas otakku berfikir, mungkin kapcai ini boleh dibaiki dan beroperasi semula, tapi tersentot sekejap, mana hendak dapatkan barang-barang gantian bagi kapcai yang sudah berusia 47 tahun ini? Cukai jalan pula telah tidak diperbaharui sejak 1986 lagi. Kad pendaftarannya pulak masih berupa kad asal yang berwarna kuning tu. Bukan yang 'computerised' macam sekarang. Apa nak buat ha? Oh ya, ambil gambarnya dulu. Sambil mencapai 'handphone' dan membuat 'snapshot' beberapa gambar. Lalu tutup balik setor dan masuk makan tengahari. Inilah gambarnya...handphone koman (common) punya pasal, gambar kelabu asap...macam juga kapcai ini.



Wednesday, June 4, 2008

Tak tau nak buat apa....

Ini posting pertama saya setelah dapat creat blog ini. Masih baru lagi dalam dunia blog ini walaupun telah lama juga menjadi pembaca blog dari bloggers sekitar maya.