Friday, June 6, 2008

Kapcai tersadai berubah wajah - Akhirnya...

Lama juga aku mengambil masa sebelum menghantar ke wokshop supaya dibaik pulih. Banyak juga wokshop motosikal yang aku lawati, yang tidak sanggup membaikinya. Banyak sebab diberikan umpamanya, barang ganti tidak boleh didapati, pendawaian tidak boleh digunakan lagi, masa baikinya terlalu lama dan lain-lainlah lagi. Ada juga wokshop yang memberikan alasan serupa tetapi setelah aku berpaling meninggalkannya, tiba-tiba berkata, "Lu jual lah sama saya!". Berdesing juga telinga aku. Tadi kata tidak ada 'spare-part'lah, tidak ada masa lah, susahlah, alih-alih nak beli pula motor kita.
Akhirnya satu hari semasa membuat serbis motor lain yang aku gunakan, disebuah kedai motosikal, aku bertanya kepada pomen itu sama ada dia boleh baiki motor lama. Jawabnya boleh, tapi jangan tanya bila boleh siap. Aku tak kisah bila siap, janji siap. Lagi pula dia tahu dimana boleh dapatkan semua alat-ganti yang diperlukan termasuk membuat 'modification' jika perlu.
Seminggu kemudian baru dapat aku hantar ke wokshop tersebut yang berupa sebuah kedai menjual motosikal baru dan terpakai disamping membuat serbis motosikal.
Hampir kerap sekali aku singgah ke wokshop bertanya khabar tentang kapcai aku tu.





Hampir sebulan juga kapcai aku terlantar disana, maklumlah seluruh anggota badannya termasuk anggota dalamannya terpaksa dilondeh, dicuci, diganti dan di'modify' sebelum dapat dipasang semula supaya dapat beroperasi sepenuhnya.


Akhirnya, ianya telah siap sepenuh setelah mengambil masa lebih dari sebulan.


Well, anyway this is not exactly a restoration, but a salvage operation.



Lihatlah hasilnya:

Dan lihat pula perbezaannya :Honda Cub 50 cc (Honda push-rod) tahun 1962 ini telah lulus pemeriksaan PUSPAKOM pada awal tahun 2008 lalu dan telah diberikan Kad Pendaftaran baru bersama cukai jalan oleh JPJ dan sekarang beroperasi semula di jalanraya macam dulu-dulu...







No comments: